Pada 10.10.2009 Cikgu Mohd Fahmi Akmal telah menyertai Kejohanan Tenpin Boling MSKPP Muar yang telah diadakan di Perfect Bowl, Muar. Kejohanan itu diadakan untuk memilih wakil ke MSKPP peringkat negeri yang akan diadakan di Daerah Batu Pahat pada 23-25 Oktober 2009.
Pencapaian Cikgu Mohd Fahmi Akmal dalam game 1 - 150, game 2 - 223, game 3 - 216 dan game 4 - 163. Catatan keseluruhannya adalah 752 jatuhan pin. Beliau telah mencatatkan 'high game' dalam game ke 2 iaitu 223 jatuhan pin.
Beliau telah menjadi JOHAN dalam kejohanan itu dan terpilih mewakili MSKPP Muar. Tetapi beliau telah menolaknya kerana beliau ingin mewakili MSKPP Muar dalam sukan tenis.
Pada hari Isnin 12.10.2009, Tuan Pengetua SMK Pesisiran Perdana Tuan Haji Radi Bin Yahaya telah menyampaikan hadiah kepada beliau dalam perhimpunan mingguan di Astaka SMK Parit Bunga.
Warga SMK Pesisiran Perdana mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau atas kejayaan tersebut. Semoga menjadi contoh kepada warga SMK Pesisiran Perdana.
|
PESAN IBU Wahai anak-anakku yang dikasihi, anakku pasti beroleh kejayaan. Sesungguhnya kecemerlangan adalah milikmu. Berusahalah untuk memilikinya. PESAN AYAH Anak-anakku tersayang, Ayah mahu anak-anak ayah menjadi orang berilmu dan berjaya. Sesungguhnya, ilmu menjadi cahaya yang menyinari kegelapan dan kejahilan. |
|
|
Category :








