// // // // //

Waktu

KPM

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Datuk Abd. Ghafar Bin Mahmud

*********************

Pengarah Pelajaran Negeri Johor

Tn Hj. Markom Bin Giran

*********************

Pengawai Pelajaran Daerah Muar

Tn Hj. Ahmad Bin Othman

*********************

Pengetua SMK Pesisiran Perdana

Tn Hj. Radi Bin Yahaya

BARISAN GURU-GURU

Enrolmen Pelajar

Kelas
L
P
Jumlah
5P1
8
8
16
5P2
10
8
18
4P1
8
14
22
4P2
13
16
23
3P1
20
17
37
3P2
20
18
38
2P1
13
15
28
2P2
13
13
26
2P3
14
14
28
1P1
20
18
38
1P2
19
19
38
1P3
24
14
38

PPD Negeri Johor

JOHOR BAHRU
PASIR GUDANG
PONTIAN
SEGAMAT
KULAI
KOTA TINGGI
MERSING
BATU PAHAT
KLUANG
MUAR

PEPERIKSAAN AWAM

UPSR 13 - 15 Sept 2011
~~~~~~~~~~~~
PMR 4 - 6 & 10 - 11 Okt 2011
~~~~~~~~~~~~
STAM 12 - 13 & 17 - 19 Okt 2011
~~~~~~~~~~~~
SPM
14 Nov - 14 Dis 2011
~~~~~~~~~~~~

Peperiksaan


PERCUBAAN SPM
DIADAKAN PADA
12 OGOS - 3 SEPT. 2010


PERCUBAAN PMR
DIADAKAN PADA
30 JULAI - 10 OGOS 2010





KANDUNGAN

WAKTU SOLAT

SMK PESISIRAN PERDANA, LEDANG, JOHOR

    ~~~ Selamat Melayari Blog SMK Pesisiran Perdana, Ledang, Johor ........ SMK PESISIRAN PERDANA, JALAN GADING 3, TAMAN GADING BARU, TANJUNG AGAS, 84000 LEDANG, JOHOR. TEL : 06-9537270 FAKS : 06-9538270 BLOG : smkpesisiranperdana.blogspot.com EMAIL : jea5042@gmail.com ............. ~~~ SMK PESISIRAN PERDANA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman BLOG ini.

PESAN IBU

Wahai anak-anakku yang dikasihi, anakku pasti beroleh kejayaan. Sesungguhnya kecemerlangan adalah milikmu. Berusahalah untuk memilikinya.

PESAN AYAH

Anak-anakku tersayang, Ayah mahu anak-anak ayah menjadi orang berilmu dan berjaya. Sesungguhnya, ilmu menjadi cahaya yang menyinari kegelapan dan kejahilan.

GURU BERTUGAS MINGGU KE-13 2011
04 - 08 APRIL 2011

Pn. Maslina Bt. Kamaludin
En. Md Rasbe Bin Mezan

KETIKA ibu bapa mula menutup lampu bilik untuk tidur, sedarkan mereka bahawa anak remaja mereka masih berjaga, lampu bilik masih menyala dan komputer masih terpasang. Apa yang mereka lakukan di dalam bilik ialah melayari dunia siber tanpa sempadan bersendirian. Jika diacukan kepada ibu bapa soalan 'Adakah anda tahu di mana anak anda di dalam talian - jawapannya ialah tidak tahu'.

Itulah kelemahan dan kurangnya kesedaran ibu bapa mengenai kepelbagaian aktiviti dalam talian dilayari remaja hari ini yang sebenarnya datang bersama dengan pelbagai risiko. Berdasarkan kajian 'Norton Online Living Report (NOLR) di Malaysia' mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, pasti ibu bapa terkejut kerana remaja di negara ini sebenarnya menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet. Jumlah itu sebenarnya enam jam lebih banyak daripada masa purata NOLR peringkat global berdasarkan kajian ke atas 12 negara utama dunia dan ia juga empat jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka.

Hakikatnya, itulah yang tidak disedari ibu bapa yang menyangkakan anak mereka cuma melayari internet pada masa tertentu saja, sedangkan kajian mendapati mereka sebenarnya menghabiskan masa dua kali lebih banyak daripada apa yang difikirkan mereka. Walaupun di rumah dan sekolah, remaja hanya dibenarkan memasuki akses internet popular iaitu yang dibenarkan saja. Keadaan ini sebenarnya menjadikan mereka semakin ghairah mencari persekitaran alternatif yang jauh dari pandangan ibu bapa, terutama keluarga yang sentiasa sibuk.

Disebabkan itulah, 31 peratus daripada mereka melayari internet di kafe siber yang boleh didapati di mana-mana, manakala bagi remaja yang mempunyai rakan atau komputer riba persendirian, kajian mendapati 26 peratus daripada mereka gemar melepak di rumah rakan melayari internet. Isu yang menarik dibincangkan ialah apa sebenarnya yang dilakukan remaja di dalam talian, adakah mereka memanfaatkan kemudahan itu untuk sesuatu yang berfaedah atau sekadar mencari keseronokan yang akhirnya memakan diri serta menjadi faktor penyumbang gejala sosial.

Ketua Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim, berkata bagi ibu bapa yang cetek pengetahuan dan pengalaman mengenai internet berbanding anak mereka, isu itu boleh menjadi punca kebimbangan utama mereka seperti ditemui melalui hasil kajian NOLR. "Internet ialah satu sumber yang bagus, pelbagai, peluang mencari sesuatu maklumat yang agak mustahil untuk didapati serta mempunyai sejuta peluang mencari kawan baru dan mengenai pelbagai jenis manusia di dalam talian. Namun bagaimana penggunaannya, itu yang menjadi persoalan," katanya.

Walaupun 72 peratus ibu bapa mendakwa mengetahui aktiviti anak mereka ketika melayari internet, bukti kajian menunjukkan daripada senarai aktiviti yang dipilih, dipersetujui bersama ia sebenarnya berlawanan, berbeza daripada tanggapan serta realiti apa yang dilakukan anak mereka. Dengan kata mudah, lain yang dibenarkan, lain pula yang dicari. Itu yang ditegah, itulah yang akan diselongkar dan dibongkar kerana melakukan sesuatu yang terlarang itu memang godaan kuat. Jika ibu bapa bersikap sambil lewa dan tidak begitu menghiraukan aktiviti internet anak mereka, sudah pasti mereka terkejut dengan hasil laporan NOLR kerana 60 peratus daripada mereka cuma menghabiskan masa melayari laman sembang dan berbual di dalam talian dengan individu tidak dikenali.

Effendy berkata, ia berlaku lebih daripada sekali dalam tempoh seminggu dan 51 peratus daripada mereka berdepan risiko tanpa disedari kerana mendedahkan maklumat peribadi di dalam talian. "Empat daripada lima remaja didapati mengakses bahan haram atau tidak berlesen. Ibu bapa percaya sebahagian besar aktiviti di dalam talian yang dilayari anak cuma terbatas kepada elemen hiburan dan aktiviti perjudian komputer (games) tetapi elemen itu bukan keutamaan remaja. "Hakikatnya, mereka melayari sesuatu di luar batasan dan kawalan kerana internet boleh dilayari tanpa sempadan. Mereka melayari aktiviti yang dikategorikan berfrekuensi tinggi iaitu video (91 peratus), rangkaian sosial (89 peratus) dan muat turun pelbagai fail (91 peratus)," katanya.

'Ibu bapa perlu ambil tahu ketika anak dalam talian' BIARPUN dilanda kesibukan bekerja tanpa banyak masa dihabiskan memantau aktiviti anak di rumah atau sekolah, ramai ibu bapa di Malaysia mengakui mereka sanggup dan sudah melakukan sesuatu yang lebih baik untuk melindungi anak mereka ketika melayari internet. Sebanyak 58 peratus daripada responden percaya kawalan ibu bapa adalah kaedah berkesan mencapai sasaran mengurangkan penularan gejala negatif melalui internet. Kajian mendapati 45 peratus ibu bapa menegur anak mereka melakukan sesuatu yang salah atau tidak sesuai dalam talian dan 39 peratus daripada mereka mengintip penggunaan internet anak. Menyedari keadaan yang tidak begitu sihat kerana mudah terdedah kepada pelbagai ancaman dan risiko, 77 peratus ibu bapa sudah menasihati anak mereka supaya mengamalkan tabiat baik dan memilih talian selamat, manakala 60 peratus daripada mereka menyediakan set kawalan internet yang dikawal ibu bapa.

Ketua Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim, menjelaskan walaupun beberapa langkah positif sudah diambil, hakikatnya internet sudah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan hingga menyebabkan wujudnya batas sempadan antara ibu bapa dan anak kanak. "Isu mengenai kanak-kanak bertemu dalam talian dan bagaimana kita boleh melindungi mereka dengan pengetahuan yang cetek, sedangkan semua risiko itu tidak pernah berkurangan.

"Hasil kajian ini boleh dijadikan peringatan kepada keluarga kerana ibu bapa mengambil masa untuk memahami tabiat dan hala tuju anak sama ada di dalam talian atau aktiviti luar. Pendekatan sesuai ialah membenarkan mereka melayari internet tetapi dengan pengawasan dan perlindungan mencukupi," katanya. Selain remaja, orang dewasa juga sebenarnya berisiko ketika berurusan dan melayari internet kerana 45 peratus daripada mereka tidak yakin maklumat peribadi mereka di talian tidak selamat.

Namun, sebahagian besar percaya penipuan dalam talian hanya berlaku kepada individu cuai terhadap maklumat peribadi dan mereka cukup yakin boleh melayari laman web rasmi tanpa sebarang keraguan. Hakikatnya, semua itu bukannya satu hak eksklusif kerana sebarang pencerobohan, memanipulasi dan penipuan boleh dilakukan oleh mereka yang berniat jahat. Laman web sah dan rasmi juga berisiko dan boleh menjadi ancaman kepada pelawat tanpa mereka sedari. Hakikatnya, orang dewasa dan remaja Malaysia sebenarnya berdepan dengan sesuatu yang sangat berisiko berdasarkan fakta kajian berikut iaitu:

Seorang daripada setiap lima dewasa menyimpan kata laluan mereka dengan menulis pada sekeping nota yang diletakkan berhampiran komputer mereka.
24 peratus orang dewasa menggunakan kata laluan sama untuk semua urusan.
48 peratus orang dewasa terlalu bergantung kepada perisian bebas AV dengan hanya 16 peratus menganggap tahap kemahiran komputer mereka cemerlang.

Lebih satu perempat orang dewasa itu memeriksa 'lari imbas' AV setiap bulan atau kurang.
Hanya 34 peratus remaja mempunyai fail sokongan dalam komputer.

INFO: Kajian NLOR di Malaysia. Dikendalikan Saffron Hill bagi pihak Symantec antara 14 April 2009 hingga 4 Mei 2009 Responden
397 orang dewasa berusia 20 tahun ke atas, termasuk 93 keluarga yang mempunyai anak berusia 8 hingga 17 tahun)
35 remaja berusia 15 hingga 19 tahun.

Kajian NLOR global:
Responden: 9,000 dewasa dan remaja
12 negara: Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Sweden China, Jepun, India, Australia, Brazil.
7 daripada 10 dewasa berpendapat internet membantu mereka menjadikan hubungan lebih baik.

Hasil kajian global:
92 peratus menggunakan pangkalan e-mel untuk komunikasi dengan kawan dan keluarga.
42 peratus menggunakan web cam, dengan China mencatatkan penggunaan paling tinggi (74 peratus), India (68 peratus), Brazil (66 peratus) dan Perancis (53 peratus).
Separuh daripada orang dewasa menggunakan jaringan sosial.
7 daripada 10 mengakses foto secara on-line dan guna IM
24 peratus layari laman sosial Twitter.

Category :

Kemaskini : 01/04/2011

IDENTITI ANDA

Maklumat Anda

Ucapan Aluan

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu


Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga, para sahabat baginda dan ke atas orang-orang selepas mereka yang mengikuti jejak langkah mereka dengan melakukan kebaikan hingga ke hari kiamat.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa ICT yang telah berusaha membangunkan laman web SMK Pesisiran Perdana. Untuk makluman pembaca, sekolah ini secara rasminya mula beroperasi pada 01 Julai 2009.

Adalah diharapkan dengan adanya laman web ini dapat memberi sedikit informasi berkaitan sekolah kepada pengunjung di samping dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi antara murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan masyarakat umum. Pengunjung juga dapat mengakses maklumat terkini tentang perkembangan sekolah yang meliputi bidang akademik, kokurikulum, pengurusan pelajar dan juga aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dijalankan sepanjang tahun.

Sebagai sekolah yang sangat muda, kami sentiasa mengalu-alukan cadangan, idea dan komen bagi tujuan penambahbaikan daripada semua pengunjung. Saya yakin dan percaya dengan sokongan dan kerjasama warga sekolah semua program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dan seterusnya impian kami untuk menjadi sekolah harian terbaik dalam daerah Ledang dapat dicapai menjelang tahun 2014.

Sekian, terima kasih.


Tn Hj Radi Bin Yahaya
Pengetua,
SMK Pesisiran Perdana, Ledang,
Johor.




AKTIVITI SEMASA



10/1/2011
PERLANCARAN PROGRAM NILAM

22/1/2011
MERENTAS DESA

29/1/2011
KDP KALI PERTAMA









Media OnLine

Tarikh Gaji 2011

JAN
FEB
MAC
25
24
24
APR
MEI
JUN
25
24
23
JULAI
OGOS
SEPT
25
24
22
OKT
NOV
DIS
20
24
19

Aplikasi OnLine

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket