// // // // //

Waktu

KPM

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Datuk Abd. Ghafar Bin Mahmud

*********************

Pengarah Pelajaran Negeri Johor

Tn Hj. Markom Bin Giran

*********************

Pengawai Pelajaran Daerah Muar

Tn Hj. Ahmad Bin Othman

*********************

Pengetua SMK Pesisiran Perdana

Tn Hj. Radi Bin Yahaya

BARISAN GURU-GURU

Enrolmen Pelajar

Kelas
L
P
Jumlah
5P1
8
8
16
5P2
10
8
18
4P1
8
14
22
4P2
13
16
23
3P1
20
17
37
3P2
20
18
38
2P1
13
15
28
2P2
13
13
26
2P3
14
14
28
1P1
20
18
38
1P2
19
19
38
1P3
24
14
38

PPD Negeri Johor

JOHOR BAHRU
PASIR GUDANG
PONTIAN
SEGAMAT
KULAI
KOTA TINGGI
MERSING
BATU PAHAT
KLUANG
MUAR

PEPERIKSAAN AWAM

UPSR 13 - 15 Sept 2011
~~~~~~~~~~~~
PMR 4 - 6 & 10 - 11 Okt 2011
~~~~~~~~~~~~
STAM 12 - 13 & 17 - 19 Okt 2011
~~~~~~~~~~~~
SPM
14 Nov - 14 Dis 2011
~~~~~~~~~~~~

Peperiksaan


PERCUBAAN SPM
DIADAKAN PADA
12 OGOS - 3 SEPT. 2010


PERCUBAAN PMR
DIADAKAN PADA
30 JULAI - 10 OGOS 2010





KANDUNGAN

WAKTU SOLAT

SMK PESISIRAN PERDANA, LEDANG, JOHOR

    ~~~ Selamat Melayari Blog SMK Pesisiran Perdana, Ledang, Johor ........ SMK PESISIRAN PERDANA, JALAN GADING 3, TAMAN GADING BARU, TANJUNG AGAS, 84000 LEDANG, JOHOR. TEL : 06-9537270 FAKS : 06-9538270 BLOG : smkpesisiranperdana.blogspot.com EMAIL : jea5042@gmail.com ............. ~~~ SMK PESISIRAN PERDANA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman BLOG ini.

PESAN IBU

Wahai anak-anakku yang dikasihi, anakku pasti beroleh kejayaan. Sesungguhnya kecemerlangan adalah milikmu. Berusahalah untuk memilikinya.

PESAN AYAH

Anak-anakku tersayang, Ayah mahu anak-anak ayah menjadi orang berilmu dan berjaya. Sesungguhnya, ilmu menjadi cahaya yang menyinari kegelapan dan kejahilan.

GURU BERTUGAS MINGGU KE-13 2011
04 - 08 APRIL 2011

Pn. Maslina Bt. Kamaludin
En. Md Rasbe Bin Mezan

Membentuk peribadi anak

Posted by smk pesisiran perdana

ZURIAT merupakan permata hati kepada pasangan setiap suami isteri malah kelahirannya pasti menjadi debaran serta ditunggu oleh pasangan. Kehidupan dan kebahagiaan sebuah rumah tangga akan menjadi lebih berseri dengan kehadiran cahaya mata. Malah, kelahiran anak disambut dengan penuh gembira, kebanggaan dan rasa syukur yang tidak terhingga. Ibu bapa pula sanggup berkorban segala-galanya atas nama kasih sayang dan rasa cinta demi melihat zuriatnya terus berjaya dan menjadi insan mulia.

Apabila lahir zuriat ke dunia maka setiap ibu bapa perlu memberi perhatian serius dan pengawasan yang secukupnya. Ini kerana setiap zuriat yang dilahirkan ibarat kain putih yang siap menerima untuk diwarnai. Jika dibiasakan dengan nilai-nilai yang baik, maka ia akan berkembang dengan kebaikan sehingga orang tua juga akan mendapat pahala.

Menurut pensyarah Kanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah A. Ghani, anak-anak adalah lakaran ibubapa. Sekiranya lakaran tersebut ke arah kemuliaan pastinya ia membawa kebaikan kepada anak tersebut. Tetapi sekiranya anak-anak dibiasakan dengan hal-hal buruk, maka ia akan membesar dengan keburukan.

"Oleh itu, tidak harus bagi setiap ibu bapa melalaikan tanggungjawab yang besar ini dengan mengabaikan aspek pendidikan yang baik dan menanamkan adab yang baik ketika membesarkan anak-anak,'' katanya.

Dia yang mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam pengurusan kaunseling keluarga memberitahu, biasalah mendidik anak agar makan dengan menggunakan tangan kanan, membaca bismillah disudahi dengan alhamdulilah.

Malah ceritanya lagi, ajar anak agar tidak makan dengan tergesa-gesa ataupun gelojoh. Makan dengan tertib, mengunyah makanan dengan perlahan dan jangan biasakan memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum habis di mulut.

"Adab-adab ini penting memandangkan mereka masih kecil dan ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk anak dengan nilai-nilai Islam yang terpuji,'' jelasnya lagi.
Selain itu, latihlah anak-anak dengan sikap hormat dan jangan biasakan anak bersikap kasar, berbahasa kesat dan berperilaku sombong.

"Keadaan ini penting bagi membiasakan peribadi anak supaya tidak berterusan dengan budaya yang kasar dan tidak bertamadun. Jelasnya lagi, apabila anak semakin besar, latihlah anak-anak supaya bersikap berani dan sabar dalam menghadapi kesusahan.

"Biasakan memuji tindakan mereka apabila berbuat demikian kerana tindakan tersebut boleh mendorong mereka bersikap terpuji,'' katanya. Apabila anak mencapai usia tujuh tahun, perintahkan mereka supaya bersolat secara tetap. Disiplinkan mereka mengenai tanggungjawab solat.

"Bagaimanapun elakkan melakukannya secara paksaan kerana ini akan menyebabkan mereka memberontak serta memendamkan perasaan,'' ujarnya.
Jelasnya lagi, biasakan anak-anak juga bersikap taat kepada orang tua, guru dan kepada yang lebih berusia darinya. Ajarkan anak-anak memandang dengan rasa hormat agar mereka tidak tergolong daripada anak-anak yang bersikap derhaka dan biadap.

Tip membentuk anak berkelakuan baik

*Jika boleh, jangan menghukum, sebaliknya mengajar. Matlamat mendisiplinkan anak ialah untuk mengajar anak itu berkelakuan baik. Memukul kanak-kanak bukanlah cara mengajar. Sebaliknya ia mengajar kanak-kanak bahawa memukul ialah cara menyelesaikan masalah.

*Anggaplah kenakalan anak-anak sebagai kesilapan. Ia akan memudahkan anda mencari jalan untuk mengajar tentang kelakuan baik. Jika boleh, kaitkan akibat dengan kenakalan.

*Jangan bertengkar atau membebel mengenai peraturan. Jika sesuatu peraturan dilanggar, ingatkan anak anda mengenai peraturan itu dan akibatnya jika tidak dipatuhi. Apabila anda memberikan arahan, bercakap dengan tegas dan ulangi arahan itu.

*Halang anak-anak kecil semasa mereka sedang membuat sesuatu yang anda tidak sukai atau jauhkan mereka dari situasi tersebut. Anak-anak kecil tidak faham apa yang salah dan apa yang betul, dan mereka tidak sepatutnya dipukul atau digoncang.

*Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan kanak-kanak mengenai kelakuan mereka. Pastikan anda gunakan perkataan seperti "Maafkan saya" dan "Bolehkah saya?" bila sesuai. Jadilah contoh yang baik untuk anak anda di dalam percakapan dan perbuatan anda.

*Puji anak bila mereka berkelakuan baik kerana ini akan menggalakkan mereka terus berkelakuan baik. Pelukan, senyuman dan perkataan-perkataan lembut boleh digunakan untuk menunjukkan penghargaan.

Category :

Kemaskini : 01/04/2011

IDENTITI ANDA

Maklumat Anda

Ucapan Aluan

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu


Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga, para sahabat baginda dan ke atas orang-orang selepas mereka yang mengikuti jejak langkah mereka dengan melakukan kebaikan hingga ke hari kiamat.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa ICT yang telah berusaha membangunkan laman web SMK Pesisiran Perdana. Untuk makluman pembaca, sekolah ini secara rasminya mula beroperasi pada 01 Julai 2009.

Adalah diharapkan dengan adanya laman web ini dapat memberi sedikit informasi berkaitan sekolah kepada pengunjung di samping dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi antara murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan masyarakat umum. Pengunjung juga dapat mengakses maklumat terkini tentang perkembangan sekolah yang meliputi bidang akademik, kokurikulum, pengurusan pelajar dan juga aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dijalankan sepanjang tahun.

Sebagai sekolah yang sangat muda, kami sentiasa mengalu-alukan cadangan, idea dan komen bagi tujuan penambahbaikan daripada semua pengunjung. Saya yakin dan percaya dengan sokongan dan kerjasama warga sekolah semua program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dan seterusnya impian kami untuk menjadi sekolah harian terbaik dalam daerah Ledang dapat dicapai menjelang tahun 2014.

Sekian, terima kasih.


Tn Hj Radi Bin Yahaya
Pengetua,
SMK Pesisiran Perdana, Ledang,
Johor.




AKTIVITI SEMASA



10/1/2011
PERLANCARAN PROGRAM NILAM

22/1/2011
MERENTAS DESA

29/1/2011
KDP KALI PERTAMA









Media OnLine

Tarikh Gaji 2011

JAN
FEB
MAC
25
24
24
APR
MEI
JUN
25
24
23
JULAI
OGOS
SEPT
25
24
22
OKT
NOV
DIS
20
24
19

Aplikasi OnLine

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket