Amalan Persekitaran Berkualiti Di SMK Petra Jaya
|
PESAN IBU Wahai anak-anakku yang dikasihi, anakku pasti beroleh kejayaan. Sesungguhnya kecemerlangan adalah milikmu. Berusahalah untuk memilikinya. PESAN AYAH Anak-anakku tersayang, Ayah mahu anak-anak ayah menjadi orang berilmu dan berjaya. Sesungguhnya, ilmu menjadi cahaya yang menyinari kegelapan dan kejahilan. |
|
|
Amalan Persekitaran Berkualiti Di SMK Petra Jaya
SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI
MS ISO 9001:2008
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR
PK01 PENGURUSAN PANITIA
PK02 PENGURUSAN JADUAL WAKTU
PK03 PENGURUSAN P&P
PK04 PENGURUSAN PENCERAPAN
PK05 PENGURUSAN PEPERIKSAAN
PK06 PENGURUSAN SEMAKAN HASIL KERJA MURID
PK07 PENGURUSAN MESYUARAT
PK08 PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN
PK09 PENGURUSAN PUSAT SUMBER
PK10 PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF
PK11 PEROLEHAN DAN PEMBELIAN
PK12 PENGURUSAN KAWALAN DOKUMEN DAN REKOD KUALITI
PK13 PENGURUSAN BIMBINGAN
PK14 PENGURUSAN AUDIT DALAM
PK15 PENGURUSAN KAWALAN PERKH YG TIDAK AKUR
PK16 TINDAKAN PEMBETULAN, PENCEGAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN
PK17 KAJIAN SEMULA PENGURUSAN
4 orang guru dan seorang kerani bertukar masuk ke SMKPP
1. En. Hasbialamin Bin Katiman
2. Pn. Kamariah Bt. Mohd Nor
3. Pn. Salmah Bt. Khamis
4. Pn. Maslina Bt. Kamaludin
5. Pn. Nurul Jannah Bt. Zakariah
Pendaftaran dan penerimaan pelajar baru SMKPP ke Tingkatan Satu 2010
Kepada
Ibu bapa / Penjaga Pelajar,
Tingkatan Satu Tahun 2010
Tuan/Puan
PENERIMAAN PELAJAR BARU 2010
1. Dengan ini tuan/puan dimaklumkan bahawa pendaftaran dan penerimaan pelajar baru ke Tingkatan Satu akan diadakan pada:
Hari : Jumaat
Tarikh : 01 Jan 2010
Masa : 8.00 Pagi
2. Tuan/Puan diminta datang ke sekolah bersama dengan anak jagaan tuan/puan serta membawa maklumat diri yang lengkap seperti berikut:
2.1 Salinan surat beranak ibu, bapa / penjaga, anak (pelajar)
2.2 Salinan kad pengenalan ibu, bapa penjaga, anak (pelajar)
2.3 Salinan keputusan UPSR
2.4 Salinan sijil berhenti sekolah
2.5 Empat keping gambar berukuran pasport
3. Untuk makluman tuan/puan satu perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga
akan diadakan di Pusat Koko Perdana, SMK Pesisiran Perdana mengikut agenda berikut:
8.00 – 9.30 pg
- Bacaan Doa
- Taklimat Ibu Bapa
- Ucapan Tuan Pengetua
- Taklimat HEM
- Taklimat Pendaftaran
9.30 – 11.30 pg
- Pendaftaran Pelajar
- Jualan Koperasi
4. Pihak sekolah berharap tuan/puan memastikan anak jagaan tuan/puan mematuhi peraturan potongan rambut seperti rajah yang dilampirkan.
5. Pakaian seragam sekolah pelajar lelaki; seluar panjang berwarna hijau, baju putih, kasut kanvas putih dan stokin putih. Pakaian seragam sekolah pelajar perempuan; baju kurung berwarna putih, bermini telekung warna putih, kain sarung berwarna ’torquoise’, kasut kanvas putih dan stokin putih.
6. Bersama-sama ini disertakan perkara-perkara berikut:
- 6.1 Senarai bayaran, alat tulis dan kelengkapan pelajar tahun 2010
- 6.2 Borang maklumat SMM
- 6.3 Contoh potongan rambut dan pakaian seragam sekolah
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan / puan diucapkan ribuan terima kasih.
MOHAMAD HAIRI HELMI B ABDUL KAHAR
MUHAMMAD HARISH B AZIMEN
MUHD AFIQ B YAHYA
MUHAMMAD HANAFIZ B RAMLI
MUHAMMAD SHAHRULNIZAM B OTHMAN
AMIRUL IRHAM B MD SARIF
ADLI SAFIQ B ABDUL BASID
MUHAMMAD AIMAN ZIKRI B AHMAD RAJAB
MUHAMAD SYARAZID B ZULKIFLI
NUR SHAZREEN BT NOR ASLI
SINOLIZA BT ISHAK
NUR SYUHAINA BT MOHD SHARIF
AN NUR AMANINA BT MOHD ZOOL HILMI
LYIANA RADHWA BT OSMAN
SHAZADATU FARAHIN BT NORISHAM
SITI NORNAJIHA BT JAHIDON
NAZIRAH BT ABDUL RAHIM
LISA SAREENA BT MOHD YUNOS
ROHAIZAH BT HAZIR
AMELIA BT ROSLAN
MOHAMAD FAIZI FAEZ BIN ROSLAN
MUHAMMAD DANIAL HAZIQ BIN ABD HALIM
JAHANAHTUL WAFA BT JAMALUDIN
SITI NABILAH BINTI JAMAL
NORSAHIRA BINTI JAMAIN
NURAINI BINTI AHMAD RUSLI
MUHAMMAD NAZRY HAKIMI BIN HASNI
MUHAMMAD FARIS FARHAN BIN MOHD AZAM
NUR MAHIRAH BT ALI
ADRIANA AFIQAH BT ROSHIDI
FARID AKMAL BIN NOHAZHAR
SAIFUL EZWAN B HASSAN
ATHIRAH IZZATI BTE ISNAN
NURUL ADZIM BINTI ABD RAHMAN
| MUHAMMAD AZIM B MD AZIZAN |
| MUHAMMAD ZAKI B MD SALLEH |
| MUHAMMAD SHAHRUDDIN B MOHD ASHARI |
| MUHAMMAD ARMIERUL SHAZREEN B MOHD ROZIHAN |
| MUAMMAR B AKBAL |
| NOR SYAZWAN B NOR HISAM |
| MUHAMAD AMER SYAZWAN B SALMIZI |
| MUHAMAD HISYAMUDDIN B RAFIEE |
| SITI KHADIJAH BT ISMAIL |
| RAZANAH SYAZWANI BT MOHD ROSLEE |
| FAZIERA NOR ATIKA BT IBRAHIM |
| NAZUHA BT HISHAMMUDIN |
| NUR 'AISYAH BT DAUD |
| SITI FASIHAH BT MUHAMAD FAIDZAL |
| IZZA AMIRA BT MOHD RASHID |
| NURSYATIKA AZWEEN BT RAMIN |
| NUR IZZATI BT MOHD ESA |
| FAREZA BT AZIZ |
| MUHAMMAD ALI AZRUL BIN IDRIS |
| AHMAD RIDZUAN HAKIM B. MD YUSOF |
| MUHAMMAD SAFWAN BIN MD ISA |
| NUR AIMI BINTI MAHFIZ |
| NUR QURRATU'AINI BINTI ISMAIL |
| SITI ROHANI BINTI ABD GHAFAR |
| MUHAMMAD IZZAT BIN OMAR |
| MUHAMMAD HALIQ BIN MOHD KAMAL |
| MUHAMMAD AFZAN BIN AZMAN |
| NURUL SYAHIRAH BINTI HAMDAN |
| FARAH ADIBAH BT AMINUDDIN |
| NUR ILLIANI AKMAR BT MOHD NAIM |
| MUHAMMAD HAIRUL BASED BIN KAMSUDDIN |
| SOFEA ANUM BT ROSLAN |
| NUR FATIN AMIRA BT MD ARSAD |
| LIYANA 'IZZATEE BINTI ZULKIFLEE |
Kementerian Pelajaran Malaysia bersetuju untuk memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah yang memohon untuk mengambil cuti peristiwa dan cuti berganti seperti lampiran
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua warga pendidik serta murid-murid sekolah.
Guru-guru serta Murid-murid yang dikasihi sekalian,
Izinkan saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan memulakan lembaran baru pada sesi persekolahan 2010. Kepada guru-guru, sambutlah anak-anak didik kita ini ke alam sesi persekolahan yang baru dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam untuk membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang seperti yang diharapkan oleh ibu bapa mereka dan negara.
Kepada murid-murid sekalian, ingatlah, sebagai generasi pewaris negara usaha murni menuntut ilmu dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti baik di dalam bilik darjah mahupun gerak kerja di luar bilik darjah adalah satu usaha membentuk personaliti, ketrampilan diri dan jati diri sebagai anak
Saya menyeru kepada semua murid rebutlah peluang dan segala kemudahan yang disediakan di sekolah untuk menyiapkan diri sebagai orang yang berilmu, beramal dan menyumbang kepada kemajuan diri, masyarakat dan negara. Modal insan yang cemerlang tidak dapat dilahirkan dalam sekelip mata, bahkan ianya adalah usaha yang berterusan yang perlu dipupuk, dibimbing dan diasah bakat seperti kata pepatah, melentur buluh hendaklah dari rebungnya. Pepatah juga mengatakan, “Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat”. Maka sebagai murid, anda semua yang seharusnya berusaha untuk menjadi orang yang berpelajaran kerana pencapaian dalam masa persekolahan merupakan kenangan yang paling manis untuk diimbau kelak.
Para guru dan murid-murid sekalian,
Yang muda dikasihi, yang tua dihormati adalah satu perpatah yang perlu dipegang oleh semua guru dan murid-murid. Guru selaku suri teladan perlulah menunjukkan kasih kepada anak-anak murid mereka. Guru sabagai satu personalia seharusnya dapat menggunakan kebijaksanaan untuk menyentuh jiwa dan perasaan semua murid semasa berkomunikasi dua hala supaya ianya ibarat kata-kata yang terpahat di batu, kekal dalam ingatan, dan tidak hanya menjadi tulisan di atas pasir, yang hilang apabila di tiup angin.
Dalam alaf nano teknologi ini, semua pendidik perlu menyiapkan diri untuk mengemaskinikan semua fakta dan ilmu yang hendak disampaikan dalam mata pelajaran masing-masing. Gunakanlah kemudahan teknologi komunikasi maklumat untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan satu peristiwa yang sangat menyeronokkan kepada semua murid, bahkan para guru juga turut memperoleh pengalaman dan pengetahuan semasa berinteraksi dengan murid-murid.
Sebagai pendidik, semua guru harus menjiwai profesion ini kerana ianya merupakan satu profesion amat mencabar. Kalau seorang tukang jahit salah menjahit baju, hanya sehelai baju yang rosak tetapi jika seorang pendidik salah memberi didikan, kesannya adalah kepada satu generasi pewaris negara. seperti yang diungkapkan oleh Allahyarham Dato' Usman bin Awang (1979), "Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki, Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi”
Saya ingin menyeru kepada guru untuk memberi dedikasi, komitmen, dan keprihatinan yang tinggi kepada semua anak-anak didik. Guru selaku orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dapat mengenal pasti potensi dan bakat yang ada dalam setiap anak murid. Maka guru perlu menggembleng tenaga dan kepakaran untuk menggunakan maklumat ini bagi menggilap bakat dan memperkukuhkan potensi diri murid-murid untuk berjaya dalam semua bidang yang diceburi serta mengimbangi perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi.
Para guru dan murid sekalian,
Dalam memastikan kualiti pendidikan dan perkhidmatan yang disampaikan kepada murid-murid, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan empat perkara sebagai fokus utama dalam bidang keberhasilan utama; iaitu Perluasan Prasekolah, Literasi dan Numerasi (Linus), Sekolah Berprestasi Tinggi, dan New deals for principals. Maka semua warga pendidik perlu menyambut perubahan yang sedang berlaku ini dengan tangan terbuka dan minda yang positif (positive mind-set) bagi memastikan semua yang di rencana dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan membuahkan hasil yang menunjukkan peningkatan dalam kualiti pendidikan di negara ini. Guru sebagai sumber ilmu perlu memantapkan diri melalui pendidikan berterusan. Penyertaan guru dalam pelbagai wacana dan forum serta kegiatan di pusat-pusat kegiatan guru adalah satu usaha yang berterusan dan perlu difokuskan untuk menambah ilmu serta pengetahuan kerana guru bukan saja sebagai penyampai ilmu bahkan orang yang bertanggungjawab untuk membentuk kaedah pemikiran positif dalam kalangan anak-anak murid. Pepatah ”jangan diberi ikan, tetapi ajarlah memancing ikan” adalah satu pepatah yang sangat hampir dengan profesion perguruan.
Para guru dan murid-murid yang saya kasihi,
YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menyarankan sukan perlu diperkasakan. Maka bagi mencapai hasrat tersebut para guru dan murid-murid seharusnya bergiat aktif dalam pelbagai bidang sukan mahupun aktiviti kokurikulum sebagai usaha membudayakan
Kepada murid-murid yang baru sahaja berjaya dalam peperiksaan UPSR dan PMR, saya mengucapkan tahniah dan teruskan perjuangan anda dalam usaha mencari ilmu dan pengalaman. Bagi murid-murid yang baru memasuki Tahun 1, jangan risau dan bimbang kerana seperti kakak dan abang-abang anda, sudah pasti pengalaman persekolahan akan menjadi satu yang menyeronokkan kerana anda akan memperoleh ramai kawan-kawan baru serta mendapat ilmu pengetahuan yang amat berguna sebagai persiapan menghadapi hari muka.
Harapan saya, kepada semua guru dan murid, marilah kita bersama-sama berusaha untuk memajukan diri, masyarakat dan negara dalam semangat gagasan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan”.
Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran
4 Januari 2010, bersamaan 18 Muharam 1431
*Sumber laman web KPM
E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) adalah portal pembelajaran yang mempunyai kemampuan bagi tujuan komunikasi, kolaborasi, penyampaian kandungan dan penilaian pelajar.
EPSA bertujuan untuk menganjakkan pengalaman pembelajaran personel sektor awam dari kaedah konvensional di bilik kelas ke dunia pembelajaran secara ‘bila-bila masa dan di mana juga'.
Kaedah pembelajaran ini bergantung kepada kebolehcapaian kemudahan internet untuk memperolehi bahan pembelajaran serta berkolaborasi atas talian secara interaktif dan mudah dengan fasilitator kursus dan rakan pelajar.
EPSA juga bertujuan untuk memberi kuasa dan upaya (empowerment) kepada pelajar bagi membolehkan mereka mengawal perancangan pembelajaran mengikut keperluan kendiri.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 8 TAHUN 2009 - LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGIKUTI AKTIVITI/PROGRAM LAWATAN DI LUAR WAKTU PERSEKOLAHAN
SIARAN RTM BAGI PERTANDINGAN KUIZ PENGGUNA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2009
Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menetapkan siaran Pertandingan Kuiz Pengguna Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009 yang telah diadakan di Ipoh, Perak pada 07 Oktober 2009 sebagi mana ketetapan berikut :-
i) Kuiz Peringkat Separuh Akhir - 05 Disember 2009 (11.30 pagi ) TV 1
ii) Kuiz Peringkat Akhir - 12 Disember 2009 (11.30 pagi ) TV 1













