Kepada
Ibu bapa / Penjaga Pelajar,
Tingkatan Satu Tahun 2010
Tuan/Puan
PENERIMAAN PELAJAR BARU 2010
1. Dengan ini tuan/puan dimaklumkan bahawa pendaftaran dan penerimaan pelajar baru ke Tingkatan Satu akan diadakan pada:
Hari : Jumaat
Tarikh : 01 Jan 2010
Masa : 8.00 Pagi
2. Tuan/Puan diminta datang ke sekolah bersama dengan anak jagaan tuan/puan serta membawa maklumat diri yang lengkap seperti berikut:
2.1 Salinan surat beranak ibu, bapa / penjaga, anak (pelajar)
2.2 Salinan kad pengenalan ibu, bapa penjaga, anak (pelajar)
2.3 Salinan keputusan UPSR
2.4 Salinan sijil berhenti sekolah
2.5 Empat keping gambar berukuran pasport
3. Untuk makluman tuan/puan satu perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga
akan diadakan di Pusat Koko Perdana, SMK Pesisiran Perdana mengikut agenda berikut:
8.00 – 9.30 pg
- Bacaan Doa
- Taklimat Ibu Bapa
- Ucapan Tuan Pengetua
- Taklimat HEM
- Taklimat Pendaftaran
9.30 – 11.30 pg
- Pendaftaran Pelajar
- Jualan Koperasi
4. Pihak sekolah berharap tuan/puan memastikan anak jagaan tuan/puan mematuhi peraturan potongan rambut seperti rajah yang dilampirkan.
5. Pakaian seragam sekolah pelajar lelaki; seluar panjang berwarna hijau, baju putih, kasut kanvas putih dan stokin putih. Pakaian seragam sekolah pelajar perempuan; baju kurung berwarna putih, bermini telekung warna putih, kain sarung berwarna ’torquoise’, kasut kanvas putih dan stokin putih.
6. Bersama-sama ini disertakan perkara-perkara berikut:
- 6.1 Senarai bayaran, alat tulis dan kelengkapan pelajar tahun 2010
- 6.2 Borang maklumat SMM
- 6.3 Contoh potongan rambut dan pakaian seragam sekolah
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan / puan diucapkan ribuan terima kasih.








