Perutusan Hari Kemerdekaan ke 53 oleh
Titah SPB Yang Dipertuan Agong
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
|
PESAN IBU Wahai anak-anakku yang dikasihi, anakku pasti beroleh kejayaan. Sesungguhnya kecemerlangan adalah milikmu. Berusahalah untuk memilikinya. PESAN AYAH Anak-anakku tersayang, Ayah mahu anak-anak ayah menjadi orang berilmu dan berjaya. Sesungguhnya, ilmu menjadi cahaya yang menyinari kegelapan dan kejahilan. |
|
|
Pertandingan Melukis Poster dan Buku Skrap - Warga Pendidikan Prihatin Alam Sekitar

Pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor telah menerbitkan Buletin Bicara Ramadan sempena ketibaan Bulan Ramadan 1431H.
Dimaklumkan PPD Muar telah menerima seorang pegawai baru di Unit Peperiksaan iaitu En. Mohd Huzaimi bin Abdul Manap sebagai Penolong PPD Pentaksiran Berasas Sekolah. Ini bermakna SMKPP kehilangan seorang guru matematik.
Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja Bagi Sesi 2011
Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja telah dibuka bermula 17 Ogos 2010 dan akan ditutup pada 30 Sept 2010.
Permohonan dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2010.
Permohonan boleh dibuat berdasarkan Peperiksaan Percubaan PMR 2010.
Sila layari laman web Maktab Tentera DiRaja dan klik menu Kemasukan MTD untuk syarat-syarat kemasukan dan muat turun borang kemasukan.
SMKPP bersekolah pada 21.08.2010 dan 25.09.2010 kerana mengambil cuti pada 14,15 & 17 Sept. 2010 kerana Cuti Hari Raya Aidilfitri.
PANDUAN PELAKSANAAN MODUL 5 MINIT BENCI ZINA SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR
Panduan Pelaksanaan Modul 5 Minit Benci Zina Sekolah-Sekolah Negeri Johor yang boleh digunakan oleh guru-guru bagi menangani masalah zina.
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Januari 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2010.
Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Januari 2011 dijangka dikeluarkan mulai 15 November 2010.









