Pada masa ini negara kita sedang dilanda wabak penyakit selsema babi (swine flu) atau H1N1. Sehingga kini, pada 17 Ogos 2009 kematian akibat gejala ini telah meningkat ke 64 orang. Yang mati terdiri dari bayi hingga ke warga dewasa yang muda dan yang telah lanjut usia.
Kemungkinan angka kematian ini meningkat lagi sememangnya ada kerana wabak ini mudah merebak dan tiada suatu vaksin bagi pencegahan wujud atau telah ditemui sehingga kini.
Ada pembaca mengesyorkan diistiharkan keadaan darurat di negara kita. Tetapi sebelum itu eloklah kita fikirkan dan baca apa ubat atau pencegahan yang telah diselidiki oleh negara selain barat. Di link berikut saya cedok berita dalam BI yang menyatakan sebuah majalah penyelidikan Cina telah menemui makanan yang dapat mencegah H1NI @ http://archive.gulfnews.com/articles/09/07/05/10328712.html
Mengikut berita tersebut meminum air suam yang telah direndam beberapa biji jintan manis (fennel seeds) perkara pertama setiap pagi boleh menghindar seseorang dari dijangkiti penyakit ini.
Jika berita ini betul maka mudahlah H1N1 ini dicegah dan dirawat. Mengikut ugama Islam "setiap penyakit ada ubatnya melainkan maut dan tuhan tidak turunkan penyakit melainkan dengan ubatnya sekali." Ubat itu tidak semestinya mahal atau sukar diperolehi dan banyak boleh diperolehi dari tumbuhan2 yang telah Allah s.w.t. sediakan.
Untuk pengetahuan pembaca artikel mengenai "fennel seed" boleh dibaca di wikipedia @ http://en.wikipedia.org/wiki/Fenneldan jintan manis @
Diharap sesiapa yang mengidap penyakit ini mencuba kaedah rawatan atau perubatan ini dan dapat melaporkan balik keberkesanannya.
|
PESAN IBU Wahai anak-anakku yang dikasihi, anakku pasti beroleh kejayaan. Sesungguhnya kecemerlangan adalah milikmu. Berusahalah untuk memilikinya. PESAN AYAH Anak-anakku tersayang, Ayah mahu anak-anak ayah menjadi orang berilmu dan berjaya. Sesungguhnya, ilmu menjadi cahaya yang menyinari kegelapan dan kejahilan. |
|
|
Category :








