// // // // //

Waktu

KPM

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Datuk Abd. Ghafar Bin Mahmud

*********************

Pengarah Pelajaran Negeri Johor

Tn Hj. Markom Bin Giran

*********************

Pengawai Pelajaran Daerah Muar

Tn Hj. Ahmad Bin Othman

*********************

Pengetua SMK Pesisiran Perdana

Tn Hj. Radi Bin Yahaya

BARISAN GURU-GURU

Enrolmen Pelajar

Kelas
L
P
Jumlah
5P1
8
8
16
5P2
10
8
18
4P1
8
14
22
4P2
13
16
23
3P1
20
17
37
3P2
20
18
38
2P1
13
15
28
2P2
13
13
26
2P3
14
14
28
1P1
20
18
38
1P2
19
19
38
1P3
24
14
38

PPD Negeri Johor

JOHOR BAHRU
PASIR GUDANG
PONTIAN
SEGAMAT
KULAI
KOTA TINGGI
MERSING
BATU PAHAT
KLUANG
MUAR

PEPERIKSAAN AWAM

UPSR 13 - 15 Sept 2011
~~~~~~~~~~~~
PMR 4 - 6 & 10 - 11 Okt 2011
~~~~~~~~~~~~
STAM 12 - 13 & 17 - 19 Okt 2011
~~~~~~~~~~~~
SPM
14 Nov - 14 Dis 2011
~~~~~~~~~~~~

Peperiksaan


PERCUBAAN SPM
DIADAKAN PADA
12 OGOS - 3 SEPT. 2010


PERCUBAAN PMR
DIADAKAN PADA
30 JULAI - 10 OGOS 2010





KANDUNGAN

WAKTU SOLAT

SMK PESISIRAN PERDANA, LEDANG, JOHOR

    ~~~ Selamat Melayari Blog SMK Pesisiran Perdana, Ledang, Johor ........ SMK PESISIRAN PERDANA, JALAN GADING 3, TAMAN GADING BARU, TANJUNG AGAS, 84000 LEDANG, JOHOR. TEL : 06-9537270 FAKS : 06-9538270 BLOG : smkpesisiranperdana.blogspot.com EMAIL : jea5042@gmail.com ............. ~~~ SMK PESISIRAN PERDANA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman BLOG ini.

PESAN IBU

Wahai anak-anakku yang dikasihi, anakku pasti beroleh kejayaan. Sesungguhnya kecemerlangan adalah milikmu. Berusahalah untuk memilikinya.

PESAN AYAH

Anak-anakku tersayang, Ayah mahu anak-anak ayah menjadi orang berilmu dan berjaya. Sesungguhnya, ilmu menjadi cahaya yang menyinari kegelapan dan kejahilan.

GURU BERTUGAS MINGGU KE-13 2011
04 - 08 APRIL 2011

Pn. Maslina Bt. Kamaludin
En. Md Rasbe Bin Mezan

Blog - Medium Maklumat Kontemporari

Posted by smk pesisiran perdana

Dewasa ini aplikasi blog semakin popular dan menjadi trend terkini komunikasi dan bersifat interaktif di alam siber masa kini. Jika sebelum ini emel menjadi penghubung paling efisien, interaktif dan kini kewujudan blog telah menjadikan dunia komunikasi maya semakin kompleks, moden dan menarik.

Setakat ini terdapat lebih 120 juta blog di seluruh dunia dan jumlah tersebut semakin meningkat dari masa ke semasa dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, Jepun, Arab, Melayu, German, Tamil dan sebagainya. Kewujudan blog juga telah merancakkan lagi dimensi dan aplikasi bahasa utama dunia dalam pelbagai aspek terutamanya sistem pendidikan sesebuah negara. Malah perkembangan blog yang boleh diperoleh secara percuma seperti blogspot, wordpress dan sebagainya telah membuka ruang yang cukup luas kepada masyarakat Malaysia untuk mewujudkan pelbagai sumber maklumat dalam pelbagai bidang kehidupan.

Blog berkembang seiring dengan kedinamikan, keterbukaan serta globalisasi bahasa dunia dan wahana bahasa juga menjadi landasan paling penting kepada asas dan teras kewujudan blog sejak dahulu lagi. Tanpa fungsi bahasa, blog tidak membawa sebarang makna kepada kita kerana melalui bahasalah kita dapat memahami dan mengerti apa itu blog dan kandungannya.

Setiap hari wujud pertambahan bilangan blogger. Malah di negara kita blogger semacam sudah dihargai pandangan dan pendapat mereka. RTM juga telah mewujudkan rancangan khas dengan menjemput blogger-blogger terkemuka dan aktiff untuk memberikan pandangan dalam pelbagai isu di tanah air kita. Ia adalah pengikhtirafan kepada golongan blogger. Satu ketika dulu kita sering membaca artikel oleh penulis-penulis terkemuka dalam jurnal, majalah dan akhbar tetapi kini keadaan sudah berubah apabila kita dapat membaca tulisan mereka melalui blog di internet. Penulis-penulis ilmiah, penulis politik, pemimpin negara, wartawan akhbar, guru, usahawan dan ramai lagi telah menjadikan kemudahan blog sebagai wahana untuk sumber maklumat ini.

Blog adalah berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu web log dan telah dipendekkan kepada blog sahaja oleh pengamal dan pengendali terawal laman blog Amerika Syarikat. Setakat ini perkataan tersebut belum lagi didaftarkan di dalam Kamus Dewan, namun begitu aplikasinya semakin rancak dan giat digunakan secara meluas di negara kita merangkumi pelbagai konteks dan variasi.

Blog seolah-olah sebuah buku catatan harian peribadi atau jurnal dalam talian dan sangat unik, yang membolehkan pembaca maya meninggalkan ulasan dalam bentuk format interaktif. Ini mewujudkan komunikasi dua hala dan segala catatan, idea atau apa sahaja dapat dikongsi dengan jutaan pelayar maya lain melalui ledakan teknologi terbaru ini. Blog juga umpama laman web peribadi yang boleh dibina secara percuma, mudah dan praktikal.

Kelebihan ini menjadi tarikan dan mampu menjadi medium interaktif terbaik di dalam sektor pendidikan terutamanya komunikasi di antara pelajar dan guru di dalam kaedah pembelajaran dan pendidikan. Melalui inovasi blog, pelajar dan guru dapat berinteraksi secara lebih menarik dan uniknya melalui medium ini, para guru boleh memberi tugasan kepada para pelajar agar mempunyai blog sendiri sebagai projek tugasan persekolahan atau aktiviti di luar kelas.

Keistimewaan blog ialah boleh menggabungkan apa jua teks, imej, suara dan pautan laman web, blog dan media lain yang ingin dipautkan dalam masa yang sama menjadikan laman blog bersifat terbuka kepada masyarakat luar dan merupakan elemen media global. Situasi ini membolehkan pemilik blog boleh memuat turunkan gambar, video, muzik atau audio yang diminati dan merupakan saluran rangkaian media sosial yang dinamik. Realiti ini akan mewujudkan suasana pemebelajaran yang santai, menarik dan menyeronokkan.

Jika sebelum ini guru kebiasaannya mengarahkan pelajar menyediakan kerja kursus, laporan, kerja rumah dan buku skrap sejak sekian lama, maka sudah tiba masanya model berkenaan ditukar kepada penyediaan dan pembinaan blog interaktif dan guru boleh menilai, memantau dan memberi komen kepada blog yang dihasilkan oleh pelajar sebagai nilai tambah kepada struktur pendidikan di sekolah.

Setakat ini terdapat guru di sekolah yang mengarah dan membenarkan pelajar menghantar kerja rumah, tugasan dan aktiviti pembelajaran lain melalui perantaraan emel bagi membiasakan mereka dengan teknologi maya ini dan inovasi ini boleh dikembangkan lagi kepada aktiviti pembinaan, pengemaskinian dan penyelenggaraan blog pula. Blog boleh dijadikan alat bantuan mengajar memandangkan medium ini umpama aktiviti pembelajaran atas talian atau e-pendidikan.

Sebagai guru bahasa umpamanya boleh menyemak dan memperbetulkan susunan ayat, tatabahasa dan sebagainya ke atas isi kandungan blog pelajar, manakala bagi guru seni pula boleh memberi cadangan untuk penambahbaikan blog sedia ada agar lebih tampak kreatif, segar dan mampu menarik pelawat maya melawatnya. Guru mata pelajaran lain pula boleh membantu pelajar dalam pembelajaran seharian, latih tubi atau tusyen melalui blog yang boleh dilayari pada bila-bila masa sahaja.

Begitu juga bagi guru agama dan kaunseling pula boleh memantau etika dan akhlak pelajar membina dan melayari blog agar tidak memasukkan unsur-unsur negatif ke dalam blog atau melayari blog yang tidak berfaedah kerana melalui teknologi ini pelajar terdedah dengan pelbagai blog porno, ajaran sesat, politik atau hiburan melampau dan sebagainya yang boleh meracuni pemikiran dan tindakan pelajar jika tidak diawasi sewajarnya. Di samping itu para pelajar juga perlu diingatkan agar tidak melanggar undang-undang harta iintelek seperti perlanggaran hak cipta, memuat turun tanpa kebenaran dan sebagainya.

Di samping pelajar memiliki blog masing-masing, guru juga perlu memiliki blog yang menjadikan interaksi di antara pelajar dan guru bersifat fleksibel serta tanpa batasan waktu dan tempat di mana masing-masing boleh melihat blog yang dihasilkan pada bila-bila masa dan di mana sahaja asalkan mempunyai capaian internet di rumah, kafe siber dan sebagainya. Keadaan ini juga memboleh guru dan pelajar dapat merujuk jutaan blog yang ada dengan melayari blog pelajar dan guru lain sama ada di dalam negara ataupun blog pendidikan yang wujud di seluruh dunia.

Melalui blog juga guru boleh menyediakan rancangan mengajar, tips belajar, ringkasan mata pelajaran yang akan diajar dan sebagainya yang boleh dilihat, dibaca dan memudahkan para pelajar membuat persiapan awal sebelum ke sekolah. Melalui medium blog juga, guru boleh memuat turun cerita-cerita menarik atau motivasi yang boleh menyedarkan para pelajar; topik-topik berkaitan dengan pembelajaran di sekolah; silibus dan sukatan mata pelajaran; maklumat-maklumat terkini di dalam dunia pendidikan negara dan antarabangsa; perubahan jadual waktu dan sebagainya.

Untuk memiliki sebuah laman blog peribadi adalah semudah a,b dan c di mana pelayar internet hanya perlu mendaftar dengan pengendali perisian blog seperti Blogger, WordPress, LiveJournal, DreamHost dan banyak lagi di mana selepas mengikut arahan yang ditetapkan maka sebuah blog peribadi yang boleh dihias, dikemaskini, dipertingkat dan diubahsuai mengikut selera dan kreativiti masing-masing dihasilkan. Ini akan menjadikan pelajar sekolah dan guru lebih kreatif, dinamik dan mesra internet.

Terdapat pelbagai bentuk dan kecenderungan lain aplikasi blog yang antaranya merekodkan catatan kehidupan peribadi yang ingin dikongsikan dengan masyarakat siber lain seperti hobi; pandangan dan kritikan terhadap sesuatu isu seperti ekonomi, politik, agama dan sebagainya; perkongsian minat dan kecenderungan seperti pengembaraan, pelayaran dan amcam-macam lagi; tips, rahsia dan resepi kejayaan individu dan organisasi dalam pelbagai perkara; dan sebagainya yang turut boleh diulas dan dikritik oleh pembaca lain berkenaan blog tersebut. Malah kini blog telah diupayakan bukan sahaja untuk pembelajaran tetapi juga sebagai medium urus niaga melalui talian. Ini bermakna blog juga kini telah berfungsi sebagai sumber ekonomi kepada kalangan masyarakat kita.

Memandangkan terdapat pelbagai bentuk blog, portal, laman web dan hub pendidikan, maka generasi muda yang celik ICT dan kelompok pendidik moden wajar mengambil peluang keemasan ini agar sistem pendidikan negara lebih segar, kompetitif dan komprehensif setanding dengan sistem pendidikan global lain. Kini juga telah banyak blog yang khusus berkaitan subjek-subjek di semua peringkat persekolahan – rendah, menengah rendah, menengah atas atau menengah tinggi yang boleh dioptimumkan oleh kalangan pelajar sekolah. Hanya bermodalkan kemudahan komputer yang paling asas dan talian internet kita mampu mendapatkan sumber maklumat sepantas dan semudah ABC. Pendek kata dari murid tadikan hinggalah kepada golongan dewasa akses maklumat kini seolah-olah di hujung jari. Kini golongan pelajar pengajian tinggi menjadikan blog sebagai salah satu sumber menjana maklumat untuk tugasan ilmiah malah anak-anak kita di sekolah menjadikan medium pelbagai blog yang ada di siber sebagai sumber untuk tugasan polio atau kertas projek masing-masing.

Kalau orang lain sudah memulakannya, kita bila lagi? Paling tidak dengan kewujudan blog kita sendiri bukan sahaja dapat memaparkan catatan kehidupan diri dan keluarga, malah boleh berkongsi pelbagai maklumat sama ada kepakaran atau apa sahaja dengan rakan-rakan siber yang lain. Bagaimanapun kewujudan kemudahan blog hendaklah digunakan dengan tujuan untuk kebaikan – memajukan diri, masyarakat dan negara dan bukannya menjadi medium untuk mengadu domba, membangkitkan konflik, krisis dan prasangka sesama manusia.

Category :

Kemaskini : 01/04/2011

IDENTITI ANDA

Maklumat Anda

Ucapan Aluan

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu


Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga, para sahabat baginda dan ke atas orang-orang selepas mereka yang mengikuti jejak langkah mereka dengan melakukan kebaikan hingga ke hari kiamat.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa ICT yang telah berusaha membangunkan laman web SMK Pesisiran Perdana. Untuk makluman pembaca, sekolah ini secara rasminya mula beroperasi pada 01 Julai 2009.

Adalah diharapkan dengan adanya laman web ini dapat memberi sedikit informasi berkaitan sekolah kepada pengunjung di samping dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi antara murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan masyarakat umum. Pengunjung juga dapat mengakses maklumat terkini tentang perkembangan sekolah yang meliputi bidang akademik, kokurikulum, pengurusan pelajar dan juga aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dijalankan sepanjang tahun.

Sebagai sekolah yang sangat muda, kami sentiasa mengalu-alukan cadangan, idea dan komen bagi tujuan penambahbaikan daripada semua pengunjung. Saya yakin dan percaya dengan sokongan dan kerjasama warga sekolah semua program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dan seterusnya impian kami untuk menjadi sekolah harian terbaik dalam daerah Ledang dapat dicapai menjelang tahun 2014.

Sekian, terima kasih.


Tn Hj Radi Bin Yahaya
Pengetua,
SMK Pesisiran Perdana, Ledang,
Johor.




AKTIVITI SEMASA



10/1/2011
PERLANCARAN PROGRAM NILAM

22/1/2011
MERENTAS DESA

29/1/2011
KDP KALI PERTAMA









Media OnLine

Tarikh Gaji 2011

JAN
FEB
MAC
25
24
24
APR
MEI
JUN
25
24
23
JULAI
OGOS
SEPT
25
24
22
OKT
NOV
DIS
20
24
19

Aplikasi OnLine

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket