PARIS: Menteri Pelajaran Perancis berkata kerajaan sudah menyediakan pembelajaran yang boleh disiarkan menerusi televisyen dan radio jika sekolah terpaksa ditutup akibat penularan wabak H1N1. Luc Chatel berkata, ia disediakan agensi pembelajaran jarak jauh kebangsaan.
Sesi sekolah di Perancis akan bermula semula akhir bulan ini atau awal bulan depan. Katanya, pembelajaran itu boleh disiarkan di dua saluran televisyen dan satu saluran radio awam bagi memastikan penerusan pembelajaran umum.
Chatel berkata, sekolah dijadualkan dibuka semula seperti biasa dan sebarang penutupan berkaitan selesema berkenaan akan ditentukan berdasarkan kes.
Minggu lalu, kerajaan Amerika Syarikat mencadangkan sekolah hanya ditutup jika sebilangan besar pelajar dijangkiti H1N1.
|
PESAN IBU Wahai anak-anakku yang dikasihi, anakku pasti beroleh kejayaan. Sesungguhnya kecemerlangan adalah milikmu. Berusahalah untuk memilikinya. PESAN AYAH Anak-anakku tersayang, Ayah mahu anak-anak ayah menjadi orang berilmu dan berjaya. Sesungguhnya, ilmu menjadi cahaya yang menyinari kegelapan dan kejahilan. |
|
|
Category :








