Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPPS Gred DG44 ke Gred DG48 secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) tahun 2010. Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based, pegawai tidak perlu memohon tetapi adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk mengemukakan perakuan bagi semua pegawai yang layak.
Sehubungan itu, Ketua-Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan bagi semua pegawai yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.Pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat ini adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat sepertimana yang ditetapkan dalam surat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) surat JPA(S)324/14/9 Klt. 22 (44A) bertarikh 28 Oktober 2002. Mereka terdiri daripada lima (5) kategori pegawai seperti di LAMPIRAN A.
Sila muat turun lampiran untuk maklumat lanjut.
|
PESAN IBU Wahai anak-anakku yang dikasihi, anakku pasti beroleh kejayaan. Sesungguhnya kecemerlangan adalah milikmu. Berusahalah untuk memilikinya. PESAN AYAH Anak-anakku tersayang, Ayah mahu anak-anak ayah menjadi orang berilmu dan berjaya. Sesungguhnya, ilmu menjadi cahaya yang menyinari kegelapan dan kejahilan. |
|
|
Urusan Kenaikan PPPS Dari Gred DG44 Ke Gred DG48 Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Tahun 2010
Posted by
smk pesisiran perdana
Category :








