Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPPS Gred DG41 ke Gred DG44 secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2010. Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based, pegawai tidak perlu memohon tetapi adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memperakukan semua pegawai yang layak.
Sehubungan itu, Ketua-Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan bagi semua pegawai yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.Pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat secara Time-Based dari Gred DG41 ke Gred DG44 pada tahun 2010 ialah PPPS Gred DG3 yang memilih opsyen Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan berpindah ke Gred DG41 mulai 01 November 2002 dan juga memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat seperti di LAMPIRAN A.
Sila muat turun lampiran untuk maklumat lanjut.
|
PESAN IBU Wahai anak-anakku yang dikasihi, anakku pasti beroleh kejayaan. Sesungguhnya kecemerlangan adalah milikmu. Berusahalah untuk memilikinya. PESAN AYAH Anak-anakku tersayang, Ayah mahu anak-anak ayah menjadi orang berilmu dan berjaya. Sesungguhnya, ilmu menjadi cahaya yang menyinari kegelapan dan kejahilan. |
|
|
Urusan Kenaikan Pangkat PPPS Dari Gred DG41 Ke DG44 Secara Time Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Tahun 2010
Posted by
smk pesisiran perdana
Category :








