Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga, para sahabat baginda dan ke atas orang-orang selepas mereka yang mengikuti jejak langkah mereka dengan melakukan kebaikan hingga ke hari kiamat.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa ICT yang telah berusaha membangunkan laman web SMK Pesisiran Perdana. Untuk makluman pembaca, sekolah ini secara rasminya mula beroperasi pada 01 Julai 2009.
Adalah diharapkan dengan adanya laman web ini dapat memberi sedikit informasi berkaitan sekolah kepada pengunjung di samping dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi antara murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan masyarakat umum. Pengunjung juga dapat mengakses maklumat terkini tentang perkembangan sekolah yang meliputi bidang akademik, kokurikulum, pengurusan pelajar dan juga aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dijalankan sepanjang tahun.
Sebagai sekolah yang sangat muda, kami sentiasa mengalu-alukan cadangan, idea dan komen bagi tujuan penambahbaikan daripada semua pengunjung. Saya yakin dan percaya dengan sokongan dan kerjasama warga sekolah semua program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dan seterusnya impian kami untuk menjadi sekolah harian terbaik dalam daerah Ledang dapat dicapai menjelang tahun 2014.
Sekian, terima kasih.
Tn Hj Radi Bin Yahaya
Pengetua,
SMK Pesisiran Perdana, Ledang,
Johor.
|
PESAN IBU Wahai anak-anakku yang dikasihi, anakku pasti beroleh kejayaan. Sesungguhnya kecemerlangan adalah milikmu. Berusahalah untuk memilikinya. PESAN AYAH Anak-anakku tersayang, Ayah mahu anak-anak ayah menjadi orang berilmu dan berjaya. Sesungguhnya, ilmu menjadi cahaya yang menyinari kegelapan dan kejahilan. |
|
|
Category :








