// // // // //

Waktu

KPM

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Datuk Abd. Ghafar Bin Mahmud

*********************

Pengarah Pelajaran Negeri Johor

Tn Hj. Markom Bin Giran

*********************

Pengawai Pelajaran Daerah Muar

Tn Hj. Ahmad Bin Othman

*********************

Pengetua SMK Pesisiran Perdana

Tn Hj. Radi Bin Yahaya

BARISAN GURU-GURU

Enrolmen Pelajar

Kelas
L
P
Jumlah
5P1
8
8
16
5P2
10
8
18
4P1
8
14
22
4P2
13
16
23
3P1
20
17
37
3P2
20
18
38
2P1
13
15
28
2P2
13
13
26
2P3
14
14
28
1P1
20
18
38
1P2
19
19
38
1P3
24
14
38

PPD Negeri Johor

JOHOR BAHRU
PASIR GUDANG
PONTIAN
SEGAMAT
KULAI
KOTA TINGGI
MERSING
BATU PAHAT
KLUANG
MUAR

PEPERIKSAAN AWAM

UPSR 13 - 15 Sept 2011
~~~~~~~~~~~~
PMR 4 - 6 & 10 - 11 Okt 2011
~~~~~~~~~~~~
STAM 12 - 13 & 17 - 19 Okt 2011
~~~~~~~~~~~~
SPM
14 Nov - 14 Dis 2011
~~~~~~~~~~~~

Peperiksaan


PERCUBAAN SPM
DIADAKAN PADA
12 OGOS - 3 SEPT. 2010


PERCUBAAN PMR
DIADAKAN PADA
30 JULAI - 10 OGOS 2010





KANDUNGAN

WAKTU SOLAT

SMK PESISIRAN PERDANA, LEDANG, JOHOR

    ~~~ Selamat Melayari Blog SMK Pesisiran Perdana, Ledang, Johor ........ SMK PESISIRAN PERDANA, JALAN GADING 3, TAMAN GADING BARU, TANJUNG AGAS, 84000 LEDANG, JOHOR. TEL : 06-9537270 FAKS : 06-9538270 BLOG : smkpesisiranperdana.blogspot.com EMAIL : jea5042@gmail.com ............. ~~~ SMK PESISIRAN PERDANA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman BLOG ini.

PESAN IBU

Wahai anak-anakku yang dikasihi, anakku pasti beroleh kejayaan. Sesungguhnya kecemerlangan adalah milikmu. Berusahalah untuk memilikinya.

PESAN AYAH

Anak-anakku tersayang, Ayah mahu anak-anak ayah menjadi orang berilmu dan berjaya. Sesungguhnya, ilmu menjadi cahaya yang menyinari kegelapan dan kejahilan.

GURU BERTUGAS MINGGU KE-13 2011
04 - 08 APRIL 2011

Pn. Maslina Bt. Kamaludin
En. Md Rasbe Bin Mezan

Perdana Menteri Pertama

Posted by smk pesisiran perdana

Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan sebagai mengenangkan segala jasa dan pengorbanan beliau dalam mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Beliau menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dari tahun 1957 hingga 1963 dan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1963 hingga 1970.

Tunku dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan putera ke tujuh Sultan Abdul Hamid Shah, Sultan Kedah yang ke dua puluh empat, dan Che Manjalara. Dikatakan sebagai seorang kanak-kanak yang lincah dan ceria dengan minatnya terhadap sukan. Tunku menerima pendidikan awalnya di Sekolah Debsurin, Bangkok dan Penang Free School, Pulau Pinang.

Melalui biasiswa Kerajaan Negeri Kedah, beliau melanjutkan pelajaran di St. Catherine's College, Cambridge University, di mana beliau menerima Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang dan Sejarah pada 1925. Pertama kali menghadapi diskriminasi kaum yang dilakukan oleh pentadbiran kolej, dikatakan mendalamkan lagi keyakinannya untuk memperjuangkan persamaan hak dan menyalakan hasratnya untuk menjadikan tanahairnya sebuah negara yang merdeka, bebas dari genggaman penjajah British.

Keupayaannya memimpin juga mula terserlah semasa di England. Menyedari bahawa pelajar Melayu di sana tidak diwakili oleh mana-mana organisasi, beliau bersama-sama pelajar-pelajar tersebut menggembleng tenaga menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain (Malay Association of Great Britain) dan menjadi Setiausaha Kesatuan yang pertama.

Selepas kembali ke tanahair, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Kedah sebagai kadet di Pejabat Penasihat Undang-undang, Alor Setar, dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di beberapa daerah di negeri Kedah. Beliau kurang disenangi oleh sesetengah pegawai British disebabkan sifatnya yang selalu lantang bersuara mengkritik dan berusaha membawa perubahan untukmemperbaiki taraf hidup rakyat.

Niatnya untuk menyudahkan pelajaran undang-undang di Inner Temple, England pada 1938 tidak kesampaian apabila tercetusnya Perang Dunia ke dua. Beliau meneruskan pembelajarannya lapan tahun kemudian dan kembali dengan kelayakan undang-undang pada tahun 1949.

Kesedaran politik yang diperolehi hasil dari berkawan dengan pelbagai golongan dari seluruh dunia di England tidak dibazirkan begitu saja, di mana beliau dijadikan Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Kedah selepas sahaja beliau kembali ke tanahair. Pada 26 Ogos 1951, Tunku menjadi Presiden UMNO menggantikan Dato' Onn Jaafar. Beliau menjelajah ke seluruh negara bertemu segenap lapisan masyarakat dan menyeru ke arah penyatuan. Usaha beliau dalam menyelesaikan masalah politik negara dengan mendapatkan kerjasama antara kumpulan-kumpulan etnik, menampakkan hasil dengan lahirnya Parti Perikatan pada 1955.

Di bawah pimpinannya, Perikatan memenangi Pilihanraya Umum pertama pada Julai 1955. Tunku kemudiannya dilantik sebagai Ketua Menteri Negara dan Menteri Dalam Negeri. Pada tahun 1956, beliau mengetuai misi ke London untuk membincangkan dengan pihak Kerajaan British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu. Hasil dari mesyuarat tersebut, Perjanjian Merdeka (Independent Treaty) ditandatangani di Lancaster House, London pada 8 Februari 1956 dan seterusnya Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tunku kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama, dan terus mengetuai Perikatan ke arah kegemilangan pada Pilihanraya Umum 1959, 1964 dan 1969.

Pada May 1961, Tunku menyarankan gagasan Malaysia - merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara (kemudian dikenali sebagai Sabah) dan Brunei. Kesemuanya kecuali Brunei menyertai gagasan tersebut pada 9 Julai 1963. Walaubagaimanapun, Singapura menarik diri dari Malaysia pada 1965. Pada 22 September 1970 Tunku meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan digantikan oleh Tun Abdul Razak.

Tunku, yang dikurniakan tujuh orang cahayamata melalui perkahwinannya dengan Allahyarham Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, meninggal dunia pada 1990.

Category :

Kemaskini : 01/04/2011

IDENTITI ANDA

Maklumat Anda

Ucapan Aluan

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu


Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga, para sahabat baginda dan ke atas orang-orang selepas mereka yang mengikuti jejak langkah mereka dengan melakukan kebaikan hingga ke hari kiamat.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa ICT yang telah berusaha membangunkan laman web SMK Pesisiran Perdana. Untuk makluman pembaca, sekolah ini secara rasminya mula beroperasi pada 01 Julai 2009.

Adalah diharapkan dengan adanya laman web ini dapat memberi sedikit informasi berkaitan sekolah kepada pengunjung di samping dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi antara murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan masyarakat umum. Pengunjung juga dapat mengakses maklumat terkini tentang perkembangan sekolah yang meliputi bidang akademik, kokurikulum, pengurusan pelajar dan juga aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dijalankan sepanjang tahun.

Sebagai sekolah yang sangat muda, kami sentiasa mengalu-alukan cadangan, idea dan komen bagi tujuan penambahbaikan daripada semua pengunjung. Saya yakin dan percaya dengan sokongan dan kerjasama warga sekolah semua program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dan seterusnya impian kami untuk menjadi sekolah harian terbaik dalam daerah Ledang dapat dicapai menjelang tahun 2014.

Sekian, terima kasih.


Tn Hj Radi Bin Yahaya
Pengetua,
SMK Pesisiran Perdana, Ledang,
Johor.




AKTIVITI SEMASA



10/1/2011
PERLANCARAN PROGRAM NILAM

22/1/2011
MERENTAS DESA

29/1/2011
KDP KALI PERTAMA









Media OnLine

Tarikh Gaji 2011

JAN
FEB
MAC
25
24
24
APR
MEI
JUN
25
24
23
JULAI
OGOS
SEPT
25
24
22
OKT
NOV
DIS
20
24
19

Aplikasi OnLine

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket