Program ini bertujuan membolehkan pihak Sektor Jaminan Kualiti mendapatkan gambaran sebenar kualiti kepimpinan sekolah negeri Johor.
Objek program ini adalah untuk menaksir sejauh mana berkesannya kepimpinan sekolah, dari segi:
a. penggubalan dan penyebaran visi dan misi sekolah serta penyediaan perancangan bagi menjayakan visi dan misi berkenaan.
b. amalan ciri-ciri kepimpinan instruksional dan transformasional yang berkualiti serta pewujudan iklim yang kondusif di sekolah sebagai institusi pendidikan.
c. pembinaan dan penyebaran struktur organisasi yang sesuai dengan sekolah serta kemahiran mengurus dan membangunkan sumber yang cekap dan berkesan.
d. penerapan budaya ilmu dan berfikir serta hubungan komunikasi yang berkesan.
e. penampilan dan kualiti peribadi serta sumbangan terhadap organisasi dan masyarakat.
Pengetua/Guru Besar Sekolah diminta bersedia untuk menerima pemantauan ini berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.
|
PESAN IBU Wahai anak-anakku yang dikasihi, anakku pasti beroleh kejayaan. Sesungguhnya kecemerlangan adalah milikmu. Berusahalah untuk memilikinya. PESAN AYAH Anak-anakku tersayang, Ayah mahu anak-anak ayah menjadi orang berilmu dan berjaya. Sesungguhnya, ilmu menjadi cahaya yang menyinari kegelapan dan kejahilan. |
|
|
Category :








